top of page

KAEDAH PERTAMA: الأمور بمقاصدها (Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat)

This is for educational purposes, whether you guys want to read it or not its up to you guys!

Bismillah.

Qawaid Fiqhiyyah terdiri daripada lima kaedah umum yang dipersetujui oleh jumhur ulama Fiqh iaitu:

1. الأمور بمقاصدها (Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat)

2. اليقين لا يزال بالشك (Keyakinan Tidak Dihilangkan Dengan Keraguan)

3. الضرر يزال (Kemudaratan Mesti Dihapuskan)

4. المشقة تجلب التيسير (Kesukaran Membawa Kemudahan)

5. العادة محكمة (Adat Digunapakai Dalam Memutuskan Hukum)

 

Pengertian:

Al-Umur :

Jama' kepada Al-Amru (lafaz umum) yang merangkumi semua tindakan yang keluar dari seseorang manusia samada melakukan atau meninggal. Merangkumi kata-kata dan niat.

Al-Maqasid :

Jama' kepada Al-Maqsid. Berasal dari perkataan Al-Qasdu (niat)

Makna Keseluruhan :

Segala perbuatan dan tingkah laku urusan niaga dan sebagainya adalah bersandarkan kepada niat.

 

Dalil :

Al-Quran =

(ومن يخرج من بيته مهاجرا إلى الله ورسله ثم يدركم الموت فقد وقع أجره على الله) النساء : 100

Hadis =

"إنما الأعمل بالنيات \ وإنما لكل امرئ ما نوى" بخاري : 1\9

 

Rukun Qaedah :

Al-Umum: Lafaz umur yang mengandungi tin dakan yang keluar dari manusia.

Bimaqasidiha : Salah dan betulnya sesuatu pergantung kepada niat.

 

a) Syarat Kaedah :

1. Kaedah ((القاصد)) / ((المكلف)) * Islam * Tukang niat / mukallaf * Ahliah (الأهلية) - Berakal - Baligh

- Mumayyiz 2. Maksud (( عملا)) * Perbuatan diketahui orang yang berniat untuk menjelaskan hukum niat. Jika seseorang itu jahil, tidak sah ibadat. * Perbuatan yang mampu dilakukan oleh mukallaf daripada sudut akal syarak dan adat. * Hendaklah perbuatan tertentu. * Hendaklah diusahakan diri sendiri 3. Al-Qasad (niat) * Tidak boleh berlawanan dengan syariat Allah. * Serentak dengan perkara yang diniatkan * Tidak buat perkara yang berlawanan dengan niat. * Yakin dengan niat * Ikhlas kerana Allah Ta'ala - Contoh: niat untuk membatalkan solat Menurut mazhab Syafie, sekiranya berniat untuk .membatalkan solat, maka batal solat tersebut.

b) syarat untuk beramal dengan niat :

1 - Perbuatan yang diketahui orang yang berniat untuk menjelaskan hukum niat, jika seseorang itu jahil, ibadahnya tidak sah.


2 - Perbuatan yang boleh dilakukan mukallaf dari sudut syarat dan adat.


3 - Hendaklah diamalkanuntuk perbuatan tertentu.


4 - Hendaklah diusahakan diri sendiri



c) niat :


1 - Tidak boleh berlawanan dengan syariat Allah.


2 - Serentak dengan perkara yang dilakukan (contohnya: solat)


3 - Tidak buat perkara yang berlawanan dengan niat.


4 - Yakin dengan niat (tidak teragak-agak)


5 - Ikhlas

 

Tempat dan waktu untuk niat :



Tempat niat =

  • dalam hati sendiri bukan hanya sekadar lafaz

  • lafaz niat yang dilakukan Nabi di dalam ibadah haji sahaja.

  • dalam mazhab syafie boleh mutahabbah sunat lafaz niat supaya membantu ketetapan hati

  • Harus, tetapi kalau tidak tahu tidak mengapa.


Waktu Niat =

  • di awal ibadah seperti ((solat))

  • boleh diawalkan seperti ((zakat))

  • wajib didahulukan niat seperti ((puasa))

 

so that's all for today's update! bye lovelies! xx

Categories

Posts List

  • Instagram - White Circle
  • Twitter - White Circle
bottom of page