KAEDAH KEDUA : اليقين لا يزال بالشك (Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan)
- Iman Arissa
- Aug 4, 2018
- 3 min read

DEFINISI
1) Al-Yakin (اليقين)
Bahasa : Tidak was-was Istilah : Ketenangan hati atas sesuatu hakikat
2) Asy-Syak (الشك)
Bahasa : Was-was / ragu-ragu
Istilah : Ragu-ragu antara dua perkara bertentangan
3) Al-Yakin La Yazulu Bi Syak (اليقين لا يزول بالشك) Perkara yang diyakini berlakunya (batal) iaitu tidak terangkat kecuali dengan dalil yang pasti (دليل القطعي) dan ianya tidak dihukumkan dengan hilangnya keyakinan tadi begitu juga perkara yang diyakini tidak berlaku (tidak sabit berlaku). Maka, tidak dihukumkan ianya sabit berlaku hanya dengan syak wasangka lebih lemah daripada yakin.
DALIL-DALIL
a) Al-Quran
Allah SWT berfirman :
إن الظن لا يغني من الحق شيئا
Maksudnya : "Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad)."
(QS. An-Najm 53: Ayat 28)
b) As- Sunnah
شكي رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم أنه يخيل إليه أنه يجد الشيء في الصلاة، قال: لا ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا
(رواه مسلم) Maksudnya: Mengadu kepada Rasulullah S.A.W. bahawa ada seseorang telah mendapatkan sesuatu saat melakukan solat. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda : "Dia tidak boleh solat atau juga tidak boleh membatalkan solatnya sehingga dia mendengar suara atau mendapatkan bau (kentut)". c) Imam Nawawi CONTOH i) Orang yang berada dalam keadaan suci, kemudian dia syak, dia berhadas. Apakah hukumnya? Jawapan : Pendapat 1 : Imam Ahmad dan Imam Hanifah = Suci sebab yakin tidak berhadas Pendapat 2 : Imam Malik = Wajib ke atasnya berwuduk dikiranya berhadas berdasarkan dalam kaedah (syak di dalam syarat) (wuduk) menjadi penghalang daripada sahnya solat. Justeru, suci (طهارة) adalah syarat sah solat. ii) Sekiranya seseorang itu berhutang dengan orang lain, kemudian orang yang berhutang itu syak. Adakah dia sudah jelaskan hutangnya? Jawapan : Hukum hutang tersebut kekal kerana yakin yang dia ada berhutang. Kaedah ini terdiri daripada lima pecahan iaitu : 1. الأصل براءة الذمة (Asal Seseorang Adalah Bebas Daripada Tanggungjawab) 2. الأصل بقاء ما كان على ما كان (Asal Kekal Sesuatu Itu Mengikut Apa Yang Ada Sebelumnya) 3. الأصل في الصفات أو الأمور العارضة العدم (Asal Pada Sifat Atau Perkara Baharu Mendatang Ialah Tiada 4. الأصل العدم (Asal Segala Sesuatu Ialah Tiada) 5. القديم يترك على قدمه (Apa Yang Ada Semenjak Dulu Dibiarkan Atas Kedahuluannya)
الأصل براءة الذمة (Asal Seseorang Adalah Bebas Dari Tanggungjawab)
DEFINISI الأصل : Kaedah yang berterusan الذمة : Tanggungjawab الأصل براءة الذمة : a) Kaedah yang berterusan bahawa manusia itu suci zimmahnya, (tiada tanggungjawab) daripada sesuatu kewajipan. Keadaanya yang perlu bertanggungjawab adalah berlawanan dengn kaedah asal. b) Manakala orang yang mendakwa perlu bertanggungjawab dari awal atau berpegang dengan hukum yang berlawanan dengan hukum asal. CONTOH : Orang yang meminjam sesuatu mendakwa sudah memulangkan barang yang dipinjam. - Maka, dakwaannya diterima kerana kaedah الأصل براءة الذمة (Keadaan asal seseorang itu suci dari tanggungjawab) - Tidak diterima dakwaannya golongan kedua kecuali dengan mendatangkan dua saksi atau bersumpah dan seorang saksi. DALIL : Hadith Nabi :
البينة على المدعى واليمين على من أنكر
Maksudnya : "Bukti perlu dikemukakan oleh orang yang mendakwa dan orang yang dituduh perlu bersumpah perlu menafikan dakwaannya."
الأصل بقاء ما كان على ما كان
(Asal Kekal Sesuatu Itu Mengikut Apa Yang Ada Sebelumnya)
a) استصحاب (Dari Masalah) Mengikut hukum yang telah ditetapkan masa lalu sehingga terdapat hukum lain yang mengubahnya. Digunakan ulama usul. b) استصحاب الأصل - Hukum yang terkuat itu adalah dikira tetap. - Kekal sesuatu yang berlaku pada masa lalu mengikut tetap atau sabit pada masa lalu. CONTOH : *Munakahat i. Seorang suami keluar rumah dan tinggalkan isterinya dalam masa yang lama dan tidak tahu ke mana hilang. -Hukumnya : Isteri tidak boleh berkahwin kerana suami tidak lafaz cerai ii. Seseorang makan tengahari ketika berpuasa serta dia syak sama ada matahari telah terbenam atau belum -Hukumnya : Batal puasa kerana asalnya belum terbenam
Comentários